DUNGUN, 3 Jan -- Beberapa bayi menjalani upacara cukur jambul beramai-ramai di Masjid Nurul Ehsan Kampung Padang Jambu hari ini. Program yang disertai 12 bayi itu dianjurkan jawatankuasa masjid berkenaan sempena sambutan Maulidur Rasul 1437H. Mencukur jambul merupakan adat yang masih diamalkan masyarakat Melayu sehingga kini dan lazimnya diadakan bagi menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA