KOTA KINABALU, 29 Jan -- Sempena pengistiharan Kota Kinabalu menjadi bandaraya, berbagai usaha dan aktiviti untuk mengindahkan dan memeriahkan lagi bandar ini seperti menanam pokok, pertunjukan reggata, pameran orkid, memasang lampu warna-warni di sepanjang jalan dan bangunan serta pertunjukan tatu dari ATM diadakan. INDAH... Dua orang pelajar dari SMK Perempuan Likas, Hamidah bte Lata (kiri) dan Arvinder Kaur A/P Nirmal Singh, tekun melukis keindahan alam dan bangunan ketika menyertai pertandingan melukis untuk murid-murid sekolah sempena pengistiharan Kota Kinabalu sebagai Bandaraya dengan tema " Bandaraya Rimba Tropika" pada 2 Feb depan ini. --fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA ~