KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Teater Sungai Mengalir Lesu karya klasik Sasterawan Negara Datuk Seri Dr Abdul Samad Mohamed Said atau A. Samad Said kembali dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selama empat hari bermula 8.30 malam ini.Naskhah terbitan 1967 itu menampilkan pelbagai watak daripada masyarakat berbilang kaum yang terhimpit dengan penderitaan akibat kebuluran, seksaan tentera Jepun dan ugutan maut yang menghantui kehidupan seharian mereka.Antara barisan pelakon utama ialah Akmal Ahmad, pelakon muda berbakat besar yang memegang watak Basir, karakter kompleks yang menjadi tunjang cerita berlatar belakangkan Singapura ketika era Perang Dunia Kedua.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA