JOLO (FILIPINA), 27 Mei -- SEMOGA BERJAYA... Ketua perunding kerajaan, Robert Aventajado (empat dari kiri) bersalaman dengan Galib Andang @ Komander Robot (lima dari kanan) yang merupakan salah seorang pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf selepas rundingan rasmi pada kali pertama mengenai status dan perlepasan tebusan dengan para pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf di luar Masjid Gandang, kira-kira 15km dari bandar Jolo.Turut hadir di mesyuarat tertutup selama hampir sejam berkenaan ialah Gabenor Sulu, Abdusakur Tan (tiga dari kanan), Komander Najmi Sadala (tengah berbaju hitam), Ustaz Haji Khabir Muhammad, Mujib Susukan dan beberapa pemimpin dari pihak kerajaan, badan khas (bebas) dan juga kumpulan Abu Sayyaf.--fotoBERNAMA Hakcipta Terpelihara