SHAH ALAM, 9 Jan -- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada satu persidangan anjuran tiga badan bukan kerajaan (NGO) kerana membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Pusat Konvensyen IDCC, Sabtu. Persidangan itu dikenali sebagai Sidang Kemuncak TPPA 2016 anjuran Bantah TPPA, Kongres Rakyat dan Gabungan NGO Malaysia. Hadir sama Pengerusi Bantah TPPA, Mohd Nizam Mahsar (kiri) mengiringi Dr Mahathir masuk ke dewan persidangan. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA