SANDAKAN, 11 Jan -- Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid (dua, kanan) ketika melawat Pangkalan Pasukan Polis Marin Sandakan sempena lawatan beliau ke beberapa agensi keselamatan di daerah ini, hari ini.Lawatan bagi menambahbaik koordinasi dan integrasi tugas dalam usaha untuk memantapkan lagi kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA