DHAKA, 13 Jan -- Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin (dua kiri) dan Naib Canselor Daffodil International University (DIU), Prof Dr Yusuf Mahbubul Islam bertukar nota selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua pihak. MoU bertujuan mengeratkan kerjasama antara kedua institusi pengajian tinggi itu. Antara bidang kerjasama ialah program mobiliti pelajar dan kakitangan, kerjasama penyelidikan, konsultasi, pertukaran kepakaran dan intelektual serta aktiviti bersama organisasi. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP berangkat menyaksikan majlis yang berlangsung di Kurmitola Golf Club, Dhaka.--fotoBERNAMA(2016) HAK CIPTA TERPELIHARA