ALOR SETAR, 5 April -- Sebahagian hidupan air tawar seperti siput lokan atau siput kijing ditemukan mati ketika tinjauan musim panas di tali air Kampung Seberang Chegar hari ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengesahkan status cuaca panas di Kota Setar, Kedah berada pada Tahap Dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celcius, setakat pagi ini.METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan rekod bacaan suhu maksimum harian di lapan kawasan lain berada pada Tahap Satu (berjaga-jaga) termasuk Perlis serta beberapa daerah di Kedah iaitu Kuala Muda, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Sik dan Baling yang mencatatkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah celcius.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***