KOTA BAHARU, 14 Jan -- Pengarah Pemasaran Pusat Latihan Kraftangan Epal Mostwell Sdn Bhd, Eric C H Chua (kanan) menunjukkan cara penggunaan mesin jahit kepada Rosliza Muahtar, 21, pada pameran beg terbesar dijahit menggunakan 2,984 helai kemeja terpakai yang berjaya dicatat dalam 'The Guinness World Records' sebagai beg tangan ÔholdallÕ terbesar dunia dengan ketinggian 5.44 meter, bersaiz lebar 3.04 meter dan panjang 7.62 meter. Inisiatif ini dihasilkan Pusat Latihan Kraftangan Epal Mostwell Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia di Kota Baharu, Khamis.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA