KUANTAN, 14 Jan -- HARI TERAKHIR. Seorang petugas penguatkuasa memerhatikan lori-lori mengangkut bahan bauksit ke Pusat Pengumpulan Bauksit dalam kawasan Pelabuhan Kuantan, Khamis, iaitu hari terakhir sebelum bermulanya moratorium Jumaat (15 Jan). Mulai Jumaat bermulalah larangan di mana aktiviti pemindahan bauksit hanya boleh dijalankan dari dalam kawasan pelabuhan ke kapal sahaja.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA