DHAKA, 15 Jan -- Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan (kiri) mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Laut Australia, Vice Admiral Tim Barret semasa Indian Ocean Naval Symposium 2016 di Dhaka. Anuwi mewakili Malaysia yang merupakan negara pemerhati pada simposium selama tiga hariitu yang berakhir Rabu. Simposium yang disertai panglima-panglima tentera laut atau wakil daripada 23 negara anggota dan empat negara pemerhati termasuk Malaysia berlangsung di Radisson Blu , salah sebuah hotel terkemuka di Dhaka.Simposium itu memberi fokus kepada ancaman keganasan di laut.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA