DHAKA, 15 Jan -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua kiri) menyampaikan plak cendera kenangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Setiausaha Pemegang Amanah A K Khan Foundation (AKKF), Bangladesh, Salahuddin Kasem Khan (kiri) pada majlis menghadap yang berlangsung di sebuah hotel di Dhaka, Jumaat. Hadir sama dua pegawai kanan yayasan amal tersohor Bangladesh itu, Shamsuddin Khan dan Sherfehnaz Khan. A K Khan Foundation yang memulakan kegiatannya pada 1991 terbabit aktif dalam pelbagai inisiatif pembahagian sumbangan zakat dan juga program tanggungjawab sosial korporat di negara itu dengan sokongan penuh syarikat terkemuka A K Khan Group yang diasaskan pada 1945.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA