ALOR SETAR, 16 Jan -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (tiga, kiri) menyerahkan baju Lang Merah yang ditandatanganinya kepada pelari solo Nasir Abas, 60, (dua, kanan) ketika ditemui pada majlis kenduri kesyukuran di Taman Sri Putra, Kuala Kedah hari ini.Nasir sebelum ini telah melakukan larian sejauh kira-kira 500 kilometer dari Stadium Shah Alam, Selangor, mulai 13 Dis lepas, selepas berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia, dan tiba di Stadium Darul Aman pada 22 Dis tahun lepas.Larian Nasir sebagai tanda sokongan kepada pasukan Kedah yang layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA