PADANG BESAR, 17 Jan -- Pegawai Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Norizan Hamid menunjukkan serangga perosak spesis 'Bactrocera Correcta' dalam buah jambu air yang telah diperiksa selepas sidang media di Kompleks Kuarantin MAQIS hari ini. MAQIS merampas 2.5 tan buah jambu air dari Thailand bernilai RM45,000 yang cuba diseludup ke negara ini menggunakan tiga lori ketika melalui pusat pemeriksaan MAQIS semalam.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA