ALOR GAJAH, 17 Jan -- JINAK... Jika anda bersama keluarga ingin beristirehat dihujung minggu tentunya di Animal World, A' Famosa, kerana banyak yang menarik menanti kunjungan anda sekeluarga.Lebih kurang seratus kilomiter dari Kuala Lumpur, ianya kini menarik pengunjung dengan aksi haiwan-haiwan jinak dengan pelbagai pertunjukkan. Selain permainan air di Water World terdapat pelbagai binatang seperti ular, gajah, burung kakak tua, harimau, orang utan dan iguana.Kelihatan Cartoon Sumatthana, 19, yang berpakaian red indian dari pasukan Stunt Show bermain dengan binatang iguana dari Afrika Selatan. -- fotoBERNAMA Hak Cipta Terpelihara.