ALOR SETAR, 18 Jan -- Bayi dua bulan Dhia Aisyah Mohamad Faizal menghidapi pelbagai penyakit kronik, memerlukan bantuan orang ramai untuk membiayai kos perubatan yang mencecah RM1,000 sebulan. Dhia Aisyah dari Kampung Kuala Kongkong dekat sini dikesan menghidap penyakit saraf, buah pinggang, usus, pundi kencing dan kecacatan kaki sejak dilahirkan. Orang ramai ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akuan Maybank (152170160691) milik Mohamad Faizal Ahmad (kiri) atau menghubunginya di talian 013-4016819. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA