MELAKA, 23 Sept -- Bagi mereka yang mempunyai kenderaan sendiri, minggu ini adalah yang terbaik untuk ke bengkel servis kenderaan, bagi memastikan kenderaan yang akan dipandu nanti dalam keadaan baik dan selesa.Selain itu eloklah dirancang perjalanan bagi mengelakkan keadaan tergesa-gesa dan mengelakkan kesesakan di jalan raya.Kira-kira 1.4 juta kenderaan dijangka berada di atas jalan raya sehari sebelum cuti Raya iaitu peningkatan dua kali ganda berbanding kepadatan trafik 700,000 hingga 800,000 kenderaan sehari pada hari biasa.Kelihatan seorang mekanik sibuk memeriksa sebuah kenderaan di bengkelnya di Jalan Hang Tuah di sini.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA