JOHOR BHARU, 7 Apr -- Sejumlah 150 rakyat asing terdiri dari para delegasi PATA disambut dengan belbagai acara persembahan kebudayaan semasa tiba di Stesen keretapi api Johor Bharu menaiki perkhidmatan tren KTMB yang baru "Ekspress Tebrau". Delegasi PATA akan menghadiri persidangan PATA di Kuala Lumpur bermula 8 hingga 12 April ini berpeluang menaiki tren baru KTMB itu yang dilancarkan oleh Pengerusi KTMB, Tan Sri Thong Yaw Hong di stesen keretapi Tanjung Pagar, Singapura pagi ini.Kelihatan para delegasi dan rakyat tempatan yang turut berada di stesen keretapi Johor Baharu asyik dan terpegun melihat tarian zapin yang ditarikan oleh para penari kebudayaan, anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Johor. --FOTOBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA