KUANTAN, 7 Sept -- TETAP MENJADI PILIHAN ... Mohd Farouk Jalani, 27, menyusun kasut-kasut terpakai ketika memulakan perniagaan di bazar jualan sempena Aidilfitri berdekatan Terminal Bas Makmur di sini, hari ini. Lebih dikenali dengan 'kasut bundle', kasut-kasut tersebut di import khas dari Kemboja, dijual pada harga antara RM20 hingga RM200 sepasang.Menurutnya, sempena kedatangan Aidilfitri, dia berjaya menjual sehingga 30 pasang sehari.Walaupun statusnya terpakai, namun tinjauan fotoBERNAMA mendapati kasut-kasut itu tetap menjadi pilihan orang ramai terutamanya golongan remaja kerana bagi mereka kualitinya masih diperakui tambahan pula harganya jauh lebih rendah daripada yang dijual di kompleks-kompleks membeli-belah.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA