KUALA LUMPUR, 27 Jan -- Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida viral kerana menjadi penaja Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Beliau mengenakan dua syarat iaitu Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu perlu dicat semula dengan warna merah jambu dan pasukan Kelantan perlu dinamakan semula sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW), seperti pasukan Negeri Sembilan yang telah dijenamakan semula sebagai NS Matrix. Dengan gaya tersendiri, beliau menjawab beberapa soalan ketika sesi temuramah bersama BERNAMA di sebuah Hotel di Shah Alam baru-baru ini.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA