KUANTAN, 27 Jan -- Sebuah parit di Kampung Kempadang terus menjadi tumpuan orang ramai pada waktu petang untuk melihat kelibat buaya tembaga semasa tinjauan fotoBERNAMA, Rabu. Diberitakann tiga ekor reptilia itu berada di parit itu sejak dua minggu lepas. Buaya berukuran lebih dua meter itu dipercayai tersesat ke kawasan parit itu akibat limpahan air Sungai Kuala Baru yang bersambung dengan parit tersebut. Operasi menangkap haiwan berkenaan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang dibuat dengan menggunakan tali dan umpan kulit ayam sejak hampir seminggu masih tidak berhasil. Orang ramai dinasihatkan tidak mendekati kawasan adanya buaya bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA