KUANTAN, 27 Jan -- Notis melarang orang ramai menghampiri atau mengganggu kawasan parit di Kampung Kempadang diletakkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang berikutan dipercayai terdapat tiga ekor buaya tembaga yang muncul di situ sejak dua minggu lepas semasa tinjauan fotoBERNAMA hari ini. Reptilia berukuran lebih dua meter itu dipercayai tersesat ke kawasan itu akibat limpahan air Sungai Kuala Baru yang bersambung dengan parit tersebut. Operasi menangkap buaya berkenaan oleh PERHILITAN Pahang dengan menggunakan tali dan umpan kulit ayam sejak hampir seminggu masih tidak berhasil.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA