KAMPAR, 29 Jan -- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (enam kiri) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah bergambar kenangan bersama penduduk pada majlis pemberian geran kepada peserta Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Tanjung Bangkong, Malim Nawar di Arena Rakyat Tualang Sekah, Jumaat. Seramai 260 penerima mendapat hak milik tanah mereka manakala hak pemilikan 40 lagi akan diselesaikan dalam masa terdekat.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA