GEORGE TOWN, 1 Feb -- TARIKAN BERSEJARAH... Keindahan Duishan Lee Jetty yang terletak di Pengkalan Weld ini terus menarik tumpuan para pelancong pada waktu malam. Suasana jeti perkampungan atas air itu yang telah wujud sejak hujung abad ke-19, semakin meriah dengan dengan hiasan merah dan emas bertemakan sambutan Tahun Baru Cina sempena perayaan yang bakal disambut pada Isnin depan. Penduduk asal perkampungan itu merupakan keturunan Lee dari perkampungan Dui Shan Chan yang terletak di Wilayah Fujian China yang berhijrah beramai-ramai ke sini pada era awal George Town mengalami perkembangan pesat ekonomi. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA