ALOR SETAR, 24 Feb -- Orang ramai tidak melepaskan peluang beratur untuk mendapatkan juadah berbuka puasa secara percuma di Rumah Makan Percuma (RMP) milik Pengasas dan Presiden Bismi Empire Sdn Bhd Jaffri Ahmad di Simpang Empat Kangkong hari ini.Jaffri Ahmad berkata program yang masuk tahun kelima itu menjadi tradisi tahunan syarikat sebagai tanda syukur dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu meringankan beban masyarakat, terutamanya golongan asnaf dan yang memerlukan.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA