KUANTAN, 2 Feb -- Cuaca panas terik membuatkan Mohd Khairuddin Abdul Manaf,43, memutuskan untuk menikmati ais cendol bersama isteri, Mazni Haznira Mohd Nazirgu,34 dan anak mereka, Nor Darwisyah Dayini,3, di gerai penjaja ais cendol Yusof Abdul Rahman,60, di Jalan Beserah hari ini.Yusof yang berniaga bersama anaknya merasakan cuaca panas ekoran Fenomena El Nino sejak lebih dua minggu lalu, bagaikan rahmat yang membantu meningkatkan jualannya.Secara purata, mereka mampu menjual sehingga melebihi 200 mangkuk ais cendol sehari berbanding hari biasa.Semangkuk ais cendol dijual dengan harga RM1.80 manakala tempahan yang dibungkus dalam gelas plastik berharga RM2.00.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA