PULAU PINANG, 27 Okt. --KOMPUTER... Haji Nor Hussein, 82, dibantu pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor, Zulfiqkar Ahmad Sahaullah,12, mengendalikan komputer sambil diperhatikan oleh pelajar lain di bilik Media di sini hari ini.Nor Hussein adalah bekas pelajar sekolah itu pada tahun 1929 hingga 1931 merasa gembira dan terharu apabila melihat perkembangan sekolah itu berbanding dengan zaman persekolahan beliau.Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan Datuk Mahadzir Mohd Khir merasmikan bangunan gantian empat tingkat sekolah itu di majlis sambutan ulang tahun ke-175 sekolah berkenaan di sini hari ini. --fotoBernama Hakcipta Terpelihara