KOTA KINABALU, 23 Sept -- Datuk Tham Nyip Shen, salah seorang pengasas Parti Maju Sabah (SAPP) pada 1994, hari ini mengumumkan secara rasmi peletakan jawatannya sebagai anggota parti dan Penasihat Sains kepada Ketua Menteri.Beliau setakat ini memutuskan untuk berehat dan belum membuat sebarang keputusan selanjutnya untuk menyertai mana-mana parti politik.Tham, 50, adalah antara individu berpengaruh dalam SAPP yang pergi ke Kuala Lumpur bersama-sama Datuk Yong Teck Lee pada 1994 untuk mendaftarkan parti itu.Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah selama beberapa penggal semasa berada dalam kabinet.-- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA.