KUALA LUMPUR, 26 Nov -- Empat buah masjid dan 40 buah surau di kawasan Parlimen Lembah Pantai menerima sumbangan tahunan dari Pusat Khidmat Ahli Parlimennya.Empat masjid yang menerima sumbangan ini termasuk Masjid Saidina Abu bakar AS-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Al-Khatijah Pantai Dalam, Masjid Abdul Rahman bin Auf Jalan Puchong dan Masjid Ar-Rahman Jalan Universiti,Sementara surau-surau menerima sumbangan terdiri daripada surau di zon Bangsar, Kampung Haji Abdullah Hukum, kampung Kerinchi, Pantai, Kg. Pasir dan Petaling.Kelihatan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga juga selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai menyampaikan sumbangan berupa gula, buah kurma, biskut, kopi dan teh kepada wakil Surau Tarbiyah, Putra Ria, Bangsar Haji Hashim Mansor bagi kegunaan berbuka puasa dan moreh.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA