***ULANG SIAR***WASHINGTON, 5 Feb -- Pameran Pendidikan Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Higher Education Showcase (MHES) 2016 di Kedutaan Malaysia menarik minat lebih 200 orang wakil IPT Amerika, pelajar Malaysia dan wakil agensi pendidikan. Pameran anjuran Pejabat Pendidikan Malaysia Washington DC dengan kerjasama Washington International Education Council (WIEC) itu berlangsung selama 3 hari dari 26 hingga 28 Januari. Ia dirasmikan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Dr Awang Adek Hussin. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA