***ULANG SIAR***WASHINGTON, 5 Feb -- Pegawai-pegawai agensi pendidikan tinggi Malaysia dari Universiti Malaya, MARA dan JPA, mempromosikan usahasama pendidikan yang ditawarkan oleh agensi masing-masing pada Pameran Pendidikan Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Higher Education Showcase (MHES) 2016 di Kedutaan Malaysia. Lebih 200 orang wakil IPT Amerika, pelajar Malaysia dan wakil agensi pendidikan menghadiri pameran anjuran Pejabat Pendidikan Malaysia Washington DC dengan kerjasama Washington International Education Council (WIEC) itu berlangsung selama 3 hari dari 26 hingga 28 Januari. Ucaptama dan taklimat mengenai pendidikan tinggi Malaysia disampaikan Pengarah Pendidikan Malaysia Washington DC, Prof Madya Dr Md Amin Md Taff. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA