KUALA LUMPUR, 19 Nov-- TERAWIH... Setiap kali tiba Ramadan bulan yang mulia umat islam menggandakan amalan sembahyang sunat tarawih secara berjemaah di masjid-majid dan surau. Amalan ini bukan saja menjadi rebutan gulungan remaja tetapi tidak ketinggalan juga kepada warga tua, kerana peluang begini hanya sekali setahun dimana pada siang hari berpuasa dan malamnya beribadat. Kelihatan seorang nenek ikut sama bersembahayang sunat tarawih berjemaah yang mengambil masa agak panjang untuk menyudahkannya, namun demi untuk keredaan ilahi walaupun unzur dan hanya mampu duduk ia tetap ikut sama berjemaah, di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, dekat sini semalam.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA