KUALA LUMPUR, 10 Feb -- Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bersama Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dr Zahari Husin melihat dalaman kereta Perodua Axia yang baharu diterima pada Majlis Serah Terima Kereta Perodua Axia sebagai Kenderaan Peronda Komuniti di Bukit Aman hari ini. Kenderaan peronda ini akan digunakan oleh Balai Polis Brickfields, Taman Tun Dr Ismail dan skuad unit khas Amanita.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA