KUANTAN, 14 Feb -- Seorang penjual kuih, Nor Ain Fadhilah Ramlin melayani pelanggan di gerainya di Taman Kampung Padang hari ini. Taman perumahan tersebut antara kawasan yang terjejas teruk sebelum ini akibat debu bauksit kerana terletak berhampiran laluan keluar masuk lori-lori membawa bahan mineral itu ke Pelabuhan Kuantan. Tempoh operasi pembersihan yang genap sebulan esok di kawasan terjejas di sekitar daerah ini telah berjaya dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Alam Flora Sdn. Bhd. Tinjauan mendapati aktiviti harian penduduk kembali pulih setelah bebas daripada pencemaran debu serta kesibukan lori bauksit berikutan arahan moratorium dikuatkuasakan Kerajaan sejak 15 Januari lepas.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA