ALOR SETAR, 5 Mac -- Setiausaha Politik Kanan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Romli Ishak (kanan) cuba memakaikan songkok kepada penerima, Shaikh Aqil Naufal Shaikh Mohd Solihin, 10, pada Program Sumbangan Kasih Ramadan dan Syawal yang diadakan di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.Sebanyak 150 keluarga terdiri daripada nelayan, petani, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) di Kota Setar dan Kuala Kedah menerima sumbangan menerusi program itu.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA