KUANTAN, 16 Feb -- Aktiviti bermain kasut roda yang pernah popular suatu ketika dahulu kini dilihat kembali aktif sejak kebelakangan ini termasuk di Kuantan.Tinjauan mendapati tempat-tempat riadah sekitar daerah ini menjadi lubuk rezeki bagi peniaga-peniaga 'segera' yang mengambil kesempatan untuk menyewa kasut roda kepada remaja dan kanak-kanak yang tidak memiliki alatan itu.Kadar sewaan kasut roda bermula antara RM5 hingga RM10 bergantung kepada lokasi dan tempoh penyewaan.Menurut peniaga Fairul Rezduan Marjohan, 31, dengan bermodalkan hampir RM6,000 untuk mendapatkan 40 pasang kasut roda pelbagai saiz, dia menjalankan perniagaan tersebut di Taman Bandar Putra sejak sebulan lepas bermula 4 petang sehingga 12 malam setiap hari.Dibantu isteri dan dua pekerja dia berjaya memperolehi pendapatan kira-kira RM100 ke RM200 sehari.Kelihatan Fairul Rezduan (dua, kiri) membantu seorang kanak-kanak memilih kasut roda yang sesuai di Taman Bandar Putra, baru-baru ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA