PUTRAJAYA, 16 Feb -- Pengamal media dan wakil penaja Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ke-8 tidak melepaskan peluang menaiki belon udara panas selepas sidang media fiesta itu di Dataran Putrajaya hari ini.Fiesta yang dijadualkan berlangsung pada 11-13 Mac itu akan menampilkan pelbagai bentuk belon dari luar negara termasuk Bobo The Happy Lobster (Belgium), Bee Balloon (Brazil), Mr Z The Zebra (Amerika Syarikat) dan Rocket Alien (Kanada).Belon antarabangsa lain yang turut mengambil bahagian termasuk Perancis, Belanda, United Kingdom, Korea Selatan, Sepanyol, Thailand dan Poland.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** I