GEORGE TOWN, 19 Feb -- Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S.M Mohamed Idris menunjukkan bateri berisi pasir yang ditemui di dalam sejenis Power Bank untuk kegunaan telefon bimbit semasa mengadakan sidang akhbar di pejabatnya hari ini.Tinjauan CAP mendapati peralatan tersebut dijual secara meluas di pasar malam dan pusat membeli-belah, justeru pihak berkuasa diminta mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan menipu pengguna itu.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA