KOTA BAHARU, 11 Ogos -- Empat kakitangan kedai pajak gadai Islam Ar-Rahn milik kerajaan negeri di sini, hari ini memberi penjelasan kepada pelanggan-pelanggan mereka mengenai notis pengantungan operasi buat sementara waktu. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 malam, kelmarin empat lelaki berjaya melarikan sejumlah 238 peti simpanan berisi pelbagai barang kemas bernilai kira-kira RM18 juta yang dicagarkan pelanggan di situ.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA