KUANTAN, 19 Feb -- Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim (dua,kanan) berbincang sesuatu dengan Pengarah JBPM Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin (tiga,kiri) semasa tinjauan di sekitar kawasan yang dibersihkan dari sisa bauksit di RTP Bukit Goh, hari ini.Operasi pembersihan di kawasan yang terjejas teruk akibat perlombongan bauksit itu melibatkan kawasan perumahan dan jalan raya dari Bukit Goh hingga ke Pelabuhan Kuantan telah dilaksanakan pada 14 Jan hingga 13 Feb lepas.Ia dilaksanakan pihak bomba dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan, Alam Flora Sdn Bhd, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Jabatan Penjara Penor.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA