KUANTAN, 19 Feb -- Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim (kanan) menunjukkan kawasan persimpangan lampu isyarat Kampung Tanjung Pasir yang kini sudah bersih daripada sisa bauksit semasa tinjauan di sekitar kawasan operasi pembersihan sisa sisa bauksit di RTP Bukit Goh, hari ini. Operasi pembersihan di kawasan yang terjejas teruk akibat perlombongan bauksit itu melibatkan kawasan perumahan dan jalan raya dari Bukit Goh hingga ke Pelabuhan Kuantan telah dilaksanakan pada 14 Jan hingga 13 Feb lepas. Ia dilaksanakan pihak bomba dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan, Alam Flora Sdn Bhd, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Jabatan Penjara Penor. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA