KOTA BAHARU, 26 Ogos -- Wartawan Matt Nazriee Hassan (tiga, kanan), 41, bersama isterinya Noor Hayati Mat Nor (empat, kanan), 35, bergambar bersama kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Biro Kelantan dan orang ramai ketika singgah di pejabat agensi berita itu di sini, hari ini.Beliau dalam misi penjelajahan diberi nama "Cobraeite Ekspedisi" sebelum ini telahpun sampai ke Pahang, Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Matt yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi bernombor pendaftaran BSJ 7057, tiba di bandar ini dari Kedah lewat petang semalam dan dijangka meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu esok.Anak kelahiran Kuala Nerang, Kedah ini, memulakan penjelajahan dengan hanya bermodalkan RM70.57 di Gombak, Selangor pada 1 Julai lepas.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA