KUALA LUMPUR, 20 Feb -- Dekan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Dr Syed Alwee Al Junid (tengah) bersama para penyelidik universiti itu pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2016. Dengan lebih 300 penyertaan produk dari dalam dan luar negara, UniMAP membuktikan keunggulannya apabila kesemua 26 produk yang dipertandingkan memenangi pingat. Pada ekspo tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berakhir hari ini, UniMAP membawa pulang tujuh pingat emas, tujuh perak dan 12 gangsa.-- foto ihsan UniMAP.