ALOR SETAR, 22 Feb -- Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah (kiri) menyampaikan tauliah perlantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra Datuk Aminuddin Omar pada istiadat angkat sumpah barisan exco di Istana Anak Bukit hari ini.Seramai sembilan exco semasa pentadbiran bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir kekal sebagai Exco Kerajaan Kedah.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA