KUANTAN, 21 Feb -- Dua nelayan pantai, Mohd Effendy Mohd Jusoh, 42 (kiri) dan Zaidi Abidin, 41 mempastikan pukat mereka berkeadaan baik setelah tidak dapat turun ke laut sekian lama semasa tinjauan fotoBERNAMA di Pantai Kampung Chempaka hari ini. Lebih 100 nelayan pantai kampung itu bertindak tidak turun ke laut sejak hampir sebulan lalu kerana mendakwa hasil tangkapan yang kurang serta keadaan laut yang kembali bergelora. Amaran angin kencang dan laut bergelora masih dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia melalui portalnya dengan kelajuan angin 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang turut berlaku di kawasan perairan Pahang sehingga esok.--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA