KUANTAN, 22 Feb -- Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Bertindak Bauksit Felda Bukit Goh Datuk Dr Abdul Wahid Manap (kiri) memberi penerangan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) berhubung isu Bauksit di Felda Bukit Goh hari ini.Mereka bertindak untuk turun padang bagi mendengar sendiri permasalahan yang di alami peneroka Felda Bukit Goh dan mencari jalan untuk membantu.Perlombongan Bauksit yang akan dihentikan sementara bermula 15 Januari 2016 lalu ini selama tiga bulan akan memberi kesan kepada penduduk yang telah menjual tanah kepada pelombong kerana mereka tiada pekerjaan dan mengharapkan duit jualan Bauksit.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA