IRBID (Jordan) 23 Feb -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah, kot biru muda) bersama kira-kira 500 pelajar Malaysia yang menuntut di beberapa universiti di Jordan pada program 'Liqa Mawaddah' , Isnin malam. Program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu berlangsung di Universiti Yarmouk sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) badan agama itu. Tuanku Syed Faizuddin kini dalam lawatan kerja selama lima hari ke Jordan dan Mesir, yang masuk hari ketiga, Isnin.--gambar ihsan MAIPs