PADANG BESAR, 24 Feb -- Anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan anggota penguatkuasa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memeriksa gerai menjual makanan kering dalam Ops Peniaga Asing di pasar makanan kering Padang Besar hari ini. Seramai 13 anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar (MPK) turut menyertai operasi itu. Sebanyak lapan saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA