CYBERJAYA, 23 Feb -- Notis 'Action Against Dengue' dipamerkan di pintu masuk dan keluar Pusat Perkhidmatan Global (GSC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Cyberjaya, Selasa. Kementerian Kesihatan sedang meningkatkan tindakan bersepadu bersama agensi lain khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan persekitaran terutama tanah lot kosong, tapak binaan dan tempat tumpuan awam bebas daripada nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan demam denggi dan juga jangkitan Zika.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA