GEORGE TOWN, 25 Feb -- Dinner In The Sky Malaysia kali ini dibuat di Pulau Pinang di mana keunikannya tetamu dapat melihat keindahan pantai dan bandar yang bermula hari ini. Dinner In The Sky adalah untuk memperkenalkan pengalaman makan malam pada pelantar setinggi 45 meter ke udara menggunakan kren. Majlis makan malam itu akan diadakan pada pukul 6 petang hingga 7.30 malam setiap hari dan pada hujung minggu pula hingga 9 malam dengan harga RM599 seorang. Terdapat 22 kerusi dan sebuah meja. Dinner In The Sky ini adalah kali kedua dilakukan di Malaysia selepas Kuala Lumpur. -- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA